Assalam n haiii..
kita ada terima pertanyaan tentang choc fountain/ mini choc fountain kita..
so kita sertakan cara penggunaan choc fountain, yg kita dpt dr
pembacaan manual sebanyak berpuluh2 kali, google, youtube, tanya org
sampai org boring hehe..
memang dia ada bagi manual book, tp kita sertakan manual kita jugak
with every purchase n kpd sesape yg singgah di blog ni based on
experience kita jugak..
feel free to read k…
sgt penting:
1. gunakan cokelat khas sahaja utk fountain-cokelat
mesti 1-2 kg / ikut kesesuaian. jangan guna compund chocolate, kecuali
ada ditulis khas untuk chocolate fountain. jgn dengar ckp org kedai
bakery supplier kata boleh guna compound choc. choc utk fountain adalah
tipis, sedap sgt, tak perlu tambah apa-apa. manakala compound bar
seperti beryls perlu potong bar coklat kecil2, tambah butter utk
berkilat dll. coklat khas akan jatuh berkilat dgn cantik, walaupun
mahal, sebab itulah tujuan sebenar kita gunakan fountain ni kan.. nak
cantik gitu hehe
2. jgn operate mesin terus-menerus lebih 2 jam, mesin boleh rosak. selepas
2 jam, rehatkan 1/2 jam. baru ‘on’ semula. Penggunaan maksimum 4 jam
(maknanya 2 jam, rehat. Guna 1-2 jam sahaja lagi. dan berhenti terus.
Ini utk kegunaan rumah, bukan industri ya..
3. cairkan cokelat:
a)dalam microwave (30-60 saat (medium heat)-keluarkan-kacau sampai takde ketulan) ulang2 sehingga cair sepenuhnya;
b)kaedah double boil;
c)gunakan chocolate melter. masukkan dan kacau2 dengan sudu sehingga semua cokelat cair
d)walaupun dalam manual kata boleh terus masuk dlm fountain, tp lama dekat sejam baru fully melt. TIDAK DIGALAKKAN.
Fountain saya pernah rosak teruk kerana ikut kaedah ini. Lagipun nanti
rugi 1 jam kan sbb mesin ni operate 2 jam shj, lepas tu kena rehat 1/2
jam. plus, cokelat senang berkumpul kat bawah tu (tak cair sepenuhnya)
dan tersumbat, jammed jugak nanti. lebih selamat guna langkah a, b dan c ye. yg penting mesin ni tahan lama. barulah berbaloi pembelian anda.
-jgn overheat masa melting ye, cokelat mudah rosak
-kalau nak offer servis choc fountain/berniaga, mmg wajib ada choc
melter ni. sadis dulu xde sapa bgtahu hehe.. takkan lah pergi event org
kita nk pinjam dapur/ microwave org kan.. lagi2 kalau outdoor event ke..
langkah2: |
4. panaskan fountain selama 5 minit (tekan butang ‘heat’)
5. kemudian baru masukkan cokelat yang telah cair tadi, biar 5
minit, kacau, pastikan coklat cair lagi dlm bowl. gunakan sudu untuk
kacau rata
6. biar butang ‘heat’ on, dan mula tekan butang tekan ‘fountain/motor’.
dalam masa 15 saat, tadaaaaa.. coklat akan dipancurkan tehehe..
7. jgn operate terus lebih 2 jam, kalau tidak mesin akan jammed.
-sebaiknya selepas guna selama 1 jam 45 minit, tekan butang ‘fountain/motor’ off.
-selepas 15 minit, barulah tekan butang ‘heat’ pula off ya..
kiranya janganlah buat mesin tu terkejut tetiba nak off terus dua2
button kan..
-rehatkan selama 1/2 jam.
-kemudian tekan butang ‘heat’ on semula selama 15 minit. kacau
cokelat dalam bowl pastikan semua cair. biasanya cokelat masih cair lagi
cuma pastikan juga dgn mengacau perlahan2. kadang2 ada tertinggal
biskutlah dalam tu, so keluarkan benda2 pejal before starting again
-selepas 15 minit tadi, baru tekan butang ‘fountain/motor’ on
semula. dan guna lagi selama 1-2 jam. Selepas itu, berhenti. Jgn guna
lagi.
8. jika ingin tambah cokelat, jgn terus tambah dlm fountain,
mesti ulang langkah 3 (a), (b), or (c). mesti. kalau tidak mesin akan
rosak. 3(d) x boleh langsung ya. ingat bhw cokelat cair dan coin tidak
boleh dicampurkan sekali sebab coin akan mendap ke bawah dan mesin
jammed. seketul ketulan kecil cokelat dah boleh membuatkan mesin anda
tersumbat/ berhenti beroperasi/ rosak sebab lubang aliran cokelat tu
adalah nipis, khas untuk cecair shj.
9. jgn sekali2 tambah apa2 jenis cecair dlm cokelat.
samada buah yg dicecah masih basah ke. make sure buah telah ditoskan
sebaiknya. sebab air akan menyebabkan cokelat menjadi semakin pekat.
kiranya air=musuh coklat. ini termasuk kanak2 buat eksperimen letak air
ke dlm tu hehe trust me dorg mmg excited tengok fountain ni.
10. tips:
(a) pastikan ada org jaga mesin ni/ ada atendan yg faham cara2/pantang- larang kalau anda terpaksa tinggalkan majlis itu
(b) cokelat akan terpercik keluar so letak alas siap2. kalau boleh jgn halakan kipas dekat nanti lglah dia terpercik. boleh guna plastic cover/ wind guard sebab angin juga boleh buatkan coklat memekat dan flow tersekat.
(c) bowl akan panas gile masa operasi/rehat, so pastikan tiada yg nak pegang2 ke.. especially budak2.. so memanggggg kena ada org jaga..
(a) pastikan ada org jaga mesin ni/ ada atendan yg faham cara2/pantang- larang kalau anda terpaksa tinggalkan majlis itu
(b) cokelat akan terpercik keluar so letak alas siap2. kalau boleh jgn halakan kipas dekat nanti lglah dia terpercik. boleh guna plastic cover/ wind guard sebab angin juga boleh buatkan coklat memekat dan flow tersekat.
(c) bowl akan panas gile masa operasi/rehat, so pastikan tiada yg nak pegang2 ke.. especially budak2.. so memanggggg kena ada org jaga..
11. pembersihan:
a. mangkuk cokelat guna wet wipes/kain lembab/or lagi bagus guna
kain lembab yg direndam air suam sahaja utk bersihkan. korek sisa
cokelat dgn sudu. dan bowl lap dgn tuala basah/ suam/ wet wipes tadi.
kalau cokelat mahal senang aje tanggal ye.
b. yang lain2 boleh cuci dengan sabun, pencuci botol baby. guna air suam pun ok. cepat tanggalnya..
c. pastikan bahagian mangkuk cokelat dan motor di bawah tidak terkena air/dicurah dgn air
12. sebenarnya cara guna mesin ni senang aje. coklat
dicairkan sepenuhnya. panaskan fountain. masukkan cokelat. jgn lebih 2
jam. tekan ‘fountain’ off dulu. then ‘heat’. rehat 1/2 jam. kemudian
tekan ‘heat’, kemudian ‘fountain’ semula. Maksimum penggunaan
keseluruhan adalah 3-4 jam sahaja ya. Jangan sekali-kali lebih 4 jam.
Memang akan rosak mesin anda.
SELAMAT MENGGUNAKAN CHOCOLATE FOUNTAIN ANDA..
P/S: CARA2 INI MENGIKUT PENGALAMAN SAHAJA. SEBARANG MASALAH TIMBUL ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI.
Perkongsian asal *http://thepartykru.blogspot.com/